Untuk korang yang 1st time datang Pulau Kapas, ni aktiviti korang wajib cuba tauuu!!!!!!!!! sebab memang takkan menyesal nye..
1. Snorkling trip
snorkling ni dekat taman laut selama 2 jam and kita akan provide lengkap dengan equipment. so korang tak perlu sewa dah. Untuk yg tak pandai berenang, no worries okay sebab korang memang akan selamat as long as korang tak panic and ikut arahan tour guide dengan betul. enjoy dekat sana selama 2 jam di temani ikan-ikan dan coral-coral yang memang lawa nak mateyyy ahahahaha
2. Hiking
Korang akan start jalan kaki dari resort ke Bukit Singa, jujur cakap memang akan penat sikit laa ahahaha.. But penat korang akan auto hilang once dah sampai puncak bukit singa.. Sumpah weyyyy view dia memang cantik sangat2. so if korang dah sampai pulau kapas wajib pegi hiking tauuu!!! track untuk mendaki tak mencabar sangat, sebab kids pon boleh je ikut trip ni. Tapi wajib pakai kasut tau sebab sepanjang jalan dekat pantai tu akan ada batu-batu yang tajam.
3. Island tour
Island tour ni akan ambil masa around 45 mins untuk korang tawaf satu pulau kapas ni, boatman akan bawa korang pusing-pusing tempat-tampat yang menarik and WAJIB singgah dekat Blue Lagoon. Blue Lagoon antara tarikan yang paling cantik dekat pulau kapas ni, air dia sangat biru dan sangat jernih. If nak bergambar korang boleh je minta tolong boatman tu tangkapkan gambar.